Melisa C12A117

INFOGRAFIK



PHOTOSHOP



DISKRIPSI JURNAL

JURNAL 1
Adidas






Laman sesawang Adidas ini memaparkan tentang “football, running, basketball, micoach & more”. Hal ini amat memudahkan pelanggan kerana susunan maklumat yang teratur yang mana kesemua maklumat tersebut diletakkan di tengah dalam laman sesawang tersebut. Laman sesawang ini menggunakan konsep linear dan non-linear dalam mempersembahkan perkhidmatan pelanggan mereka. Terdapat 'online shop' sebelah kanan untuk memudahkan pelanggan membeli kasut secara online.

Susunan halaman “football, running, basketball, micoach & more” menggunakan konsep non-linear.  Hal ini sesuai dengan konsep non-linear yang boleh berpindah dari satu halaman ke halaman lainnya tanpa perlu mengikut urutan dan pelanggan juga dapat melayari laman sesawang ini secara bebas.

Dari segi muka depan laman sesawang ini menggunakan teknik persembahan slaid sebagai muka depan laman sesawang dan slaid tersebut memaparkan mengenai sukan-sukan terkenal di dunia beserta pengiklanan mengenai produk Adidas. Kaedah ini dapat memberitahu pelanggan yang datang ke laman sesawang ini secara langsung mengenai produk-produk Adidas. Penggunaan butang juga amat sesuai kerana mudah difahami dan ringkas.

JURNAL 2

F&N Beverages



Laman web produk minuman F&N BEVERAGES ini mudah dicari dalam laman sesawang. Laman sesawang ini memaparkan tentang produk keluaran F&N  yang berada di pasaran. Setiap butang ditanda dengan  menggunakan text untuk memudahkan pengguna.

Laman sesawang ini juga menggabungkan konsep linear dan non-linear dalam mempersembahkan produk mereka untuk memudahkan pengguna mencari produk  minuman F&N . Mereka juga memudahkan pengguna untuk mengunakan sistem mereka kerana penguna tidak perlu mengikuti langkah demi langkah untuk mencari maklumat yang mereka inginkan.

Laman sesawang ini juga menggunakan warna kelabu yang seakan-akan warna langit sebagai latar belakang  untuk halaman utama  contohnya seperti gambar di atas. Laman sesawang ini menggunakan warna kelabu untuk dijadikan ‘interface’ atau aplikasi kandungan untuk memudahkan pengguna melihat dengan lebih jelas text yang digunakan. Dengan penggunaan ‘typeface’ yang berwarna hitam dan putih menyebabkan latar belakang  begitu menarik dan menonjol.

Produk minuman F&N   ini juga menggunakan text yang mudah difahami sebagai medium untuk menyampaikan info produk keluaran minuman F&N yang terbaru yang ada di pasaran. Setiap butang ditanda menggunakan text agar lebih memudahkan pengguna untuk meneroka laman sesewang mereka. Setiap kali pengguna menekan butang yang bebeza maka persembahan produk minuman F&N ini juga berubah mengikut kehendak pengguna seperti gambar-gambar diatas.

Laman sesawang ini juga menggabungkan beberapa elemen  multimedia untuk mempersembahkan produk mereka yang ada di pasaran kepada pelanggan melalui online. Laman sesawang produk minuman F&N  juga sentiasa dikemaskini agar memberi info-info yang terbaru dan promosi mengenai produk mereka.

Akhir sekali, laman sesawang ini turut memaparkan cara-cara menghubungi mereka seperti memberi info mengenai alamat, nombor telefon dan laman social mereka seperti email, laman muka buku ‘facebook’ dan  twitter mengenai produk yang berada di pasaran.











0 comments:

Post a Comment