INFOGRAFIK
DISKRIPSI JURNAL
JURNAL 1
Avon
Blog Avon ini merupakan salah satu laman jualan dan membeli secara 'online'.
Blog ini menggunakan latar belakang yang ringkas. Warna latar belakang pun warna yang ringkas iaitu kompenan warna putih. Blog ini juga menyediakan pelbagai ruangan kemudahan bagi pengunjung-pengunjung laman blog ini. Sebagai contoh terdapat ruangan barangan kosmestik, perhiasan, pereka jenama dan lain-lain lagi.
Setiap butang ditanda menggunakan text agar lebih memudahkan pengguna untuk meneroka laman sesewang mereka. Setiap kali pengguna menekan butang yang berbeza maka keluar pelbagai sub topik jenis produk. Contohnya apabila pengguna tekan butang our product, maka pelbagai jenis produk akan keluar dan jenis pengguna juga keluar seperti gambar yang tertera diatas.
Di paparan hadapan blog ini juga memaparkan pelbagai jenis keluaran produk jenama Avon. Di paparan hadapan blog keluaran produk jenama ini juga boleh digunakan oleh kaum wanita dan lelaki. Di paparan blog ini memaparkan pelbagai jenis keluaran produk yang terbaru. Di setiap paparan telah disertakan sekali harga sebenar dan potongan harga.
Blog ini juga menggabungkan beberapa elemen multimedia untuk mempersembahkan produk mereka yang ada di pasaran kepada pelanggan melalui online. Melalui blog ini juga, mereka turut besertakan bagaimana pembayaran boleh dilakukan untuk membeli produk mereka, Di samping itu, blog ini juga menyatakan bahawa terdapat pelbagai jenis laman sosial untuk menghubungi mereka. Laman sesawang produk jenama ini juga sentiasa dikemaskini agar dapat memberi info-info yang terbaru tentang produk keluaran Avon yang berada di pasaran.
JURNAL 2
CIMB CLICKS
Laman sesawang CIMB Clicks menonjolkan konsep yang mudah difahami oleh penggunanya. Laman web ini banyak menggunakan muka taip berbanding imej. Hal ini kerana laman sesawang ni ingin menyampaikan informasi perkhidmatan kepada penggunanya. Susunan butang CIMB Clicks ini disusun dengan rapi setiap butang tersebut ditanda dengan tawaran perkhidmatan yang diberikan.
Laman sesawang ini juga menggabungkan konsep linear dan non-linear dalam mempersembahkan informasi mereka supaya pengguna memahami sistem yang mereka gunakan. CIMB Clicks menggunakan warna asas,iaitu hitam putih dan kuning. Sebagai contoh, warna hitam dan putih dijadikan sebagai latar belakang produk. Manakala kunung diletakkan di bahagian butang dan ruangan imej. Ketiga-tiga warna asas tersebut merupakan warna korporat bagi syarikat perbankan cimbbank.
CIMB Clicks menggunakan teks yang “ simple” kerana laman ini hanya menyampaikan informasi perkhidmatan. Setiap butang ditanda menggunakan teks agar lebih memudahkan pengguna untuk meneroka laman sesawang tersebut. Penggunaan imej dalam CIMB Clicks agak terhad. Laman sesawang ini menggabungkan beberapa element multimedia dalam mempersembahkan perkhidmatan mereka kepada pengguna.
0 comments:
Post a Comment