Week 4 : Komponen Multimedia
Komponen multimedia ini terbahagi kepada 6 jenis iaitu teks, animasi, interaktiviti, grafik, audio dan video. Teks merupakan satu elemen asas dalam multimedia. Hampir kesemua sistem multimedia menggunakan teks kerana ia cara yang paling berkesan untuk menyampaikan maklumat/idea dan senang difahami. Ia dipersembahkan dalam pelbagai cara. Contohnya, ditulis terus ataupun dimasukkan ke dalam gambar untuk menimbukan kesan yang menarik. Animasi pula ialah grafik dan teks dipaparkan secara berterusan agar menimbulkan satu pergerakan . Ia merangkumi satu pergerakan yang ringkas seperti butang/ikon berkelip sehingga pergerakan objek terhasil. Ia juga boleh dihasilkan menerusi perisian grafik animasi. Seterusnya ialah interaktiviti, seperti Facebook dan Twitter dimana manusia boleh berkomunikasi secara bersemuka (skype/webcam) diantara satu sama yang lain menggunakan peralatan seperti komputer dan laptop. Selain itu, manusia juga boleh memasukkan 1 perintah/arahan (command) melalui interaktiviti ini. Contohnya, pengguna melakukan transaksi wang menerusi internet banking dengan pantas. Grafik pula ialah penciptaan objek yang melibatkan komputer seperti imej dan benda. Dalam grafik imej pula terbahagi kepada raster dan vector imej. Raster image melibatkan mega pixel. Contohnya,dalam penggunaan photoshop sekiranya ingin meng'zoom' gambar, gambar tersebut boleh menjadi pecah. Vector imej pula tidak melibatkan mega pixel dan mempunyai kualiti yang tinggi dalam penghasilan ilustrator. Jika raster imej boleh pecah sekiranya men'zoom' gambar,tetapi vector imej tidak akan pecah sekiranya di'zoom'. Audio adalah penghasilan bunyi dan terdapat 3 jenis bunyi iaitu suara, kesan bunyi (sound effect) dan muzik. Bunyi disimpan di dalam komputer supaya berlaku pertukaran daripada gelombang bunyi analog kepada format digital. Bunyi boleh dihasilkan menerusi Internet, mikrofon dan perakam audio. Audio sebenarnya digunakan untuk menarik perhatian dan mendapatkan 1 kesan bunyi untuk menyampaikan sesuati situasi. Contohnya kesan bunyi air. Kompenan multimedia yang terakhir pula ialah video yang bermaksud imej pergerakan yang dipaparkan melalui papan kelajuan diantara 15 hingga 30 bingkai sesaat. Video turut mengandungi imej digital yang boleh dirakam melalui pelbagai media seperti kamera dan perakam video.
0 comments:
Post a Comment